Want Money? Just click all this..

Saturday, February 14, 2009

Sejarah duit kertas Malaysia























Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967,mengandungi jenis nilai 1.5.10.50 dan 100 dolar.Wang kertas jenis 1,000 dolar dikeluarkan pada 2 September 1968.Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai,iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama,berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia,dan ditandatangani oleh Gabenor BNM, Tun Ismail Bin Mohamed Ali.Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri.Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya,tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama.Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada " SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10.Pada tahun 1976,langkah keselamatan tambahan,iaitu imej pendam(latent image) telah digunakan,dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.
Pada awal tahun 1982,wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru.Tan Sri Aziz Bin Hj.Taha.Pada 1 September 1982,BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500.Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia.Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama.Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota,saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.
Pada Februari 1996,BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM).Justeru,mata wang jenis nilai RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru.Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998.RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.Tidak lama kemudian,disebabkan munculnya duit syiling RM1 yang palsu,mata wang ini diberhentikan penggunaannya.

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran tiga jenis duit syiling peringatan sebagai merakamkan 50 tahun sumbangan Bank Negara Malaysia dalam pembangunan institusi kewangan dan menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan. Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.




Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 10.07 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM50 dan harga jualannya ialah RM1,250 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.
Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10 dan diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram. Harga jualannya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.




Duit Syiling Peringatan Emas NordicNilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.




Duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1, dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,500 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 3,500 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran.




Reka bentuk Duit Syiling Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun ke-50 Bank Negara Malaysia:
Sebelah Hadapan Duit SyilingSiluet latar langit Kuala Lumpur dan Putrajaya yang digambarkan pada bahagian hadapan duit syiling mencerminkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara sejak kemerdekaannya.Logo Bank Negara Malaysia tertera pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang, iaitu sejenis rempah tempatan yang dikenali ramai. Bunga lawang ini melambangkan kepentingan perdagangan rempah yang telah menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di rantau ini pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu dan ia digambarkan pada duit syiling Dinar Matahari yang digunakan pada zaman tersebut. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia" dan tahun "1959 - 2009" masing-masing tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut.




Sebelah Belakang Duit SyilingPerkataan "Bank Negara Malaysia" dalam tulisan Jawi ditulis pada bahagian sisi atas duit syiling. Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan dan digambarkan pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang. Nilai muka duit syiling tertera pada bahagian sisi bawah, sementara pending iaitu corak hiasan tradisional Melayu tertera pada bahagian sisi kiri dan kanan duit syiling tersebut.
Lokasi Jualan Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 10 Februari 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Bank Negara Malaysia 8 Februari 2009




Nota:
Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.



Bank Negara Malaysia8 Februari 2009

Wednesday, February 11, 2009

5 Langkah Buka Perniagaan Sendiri

Membuka perniagaan sendiri mungkin menjadi dambaan bagi semua orang. Namun memulakan sesebuah perniagaan tidaklah semudah memetik jari. Ada perkara-perkara yang harus dipersiapkan, direncanakan dan dilaksanakan dengan ketekunan. Semak beberapa tips tentang bagaimana mempersiapkan diri untuk membuka sebuah perniagaan :

PILIH RAKAN PERNIAGAAN YANG TEPAT
Jika anda akan mencari rakan niaga, pastikan anda memilih yang tepat dan serasi. Pilihlah rakan perniagaan yang memiliki latar belakang perniagaan. Pengalaman yang diperoleh oleh rakan anda dapat membantu anda memajukan perniagaan. Anda juga boleh memilih rakan perniagaan yang kewangan yang kukuh kerana mereka memiliki kredit yang bagus untuk menjamin perniagaan yang bakal dibuka.

LAKUKAN KAJIAN TERLEBIH DAHULU
Kajian merupakan perkara utama yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan. Lakukan kajian terlebih dahulu misalnya di pasar raya, kedai runcit, pasar malam dan sebagainya. Tentukan siapa pengguna bakal membeli barangan yang ingin anda pasarkan. Tentukan mana yang akan jadi sasaran utama anda atau pelanggan anda menjadi lebih kecil. Fahami perbezaan antara pasar raya dan di mana anda boleh menarik lebih pelanggan.

JAMINAN KEWANGAN
Kewangan boleh menjadi masalah yang terbesar sebelum anda membuka sesebuah perniagaan tetapi ada beberapa jenis pilihan yang tersedia untuk mendapatkan modal. Ada boleh memilih untuk mengikut program keusahawanan dalam membangun perusahaan kecil-kecilan. Anda boleh memulakan untuk mengajukan pinjaman pada bank yang untuk perniagaan industri ringan misalnya atau anda boleh membuat pinjaman peribadi di bank selain memilih rakan perniagaan yang memiliki kewangan yang stabil.

CIPTAKAN IMEJ ATAU POSISI JUALAN YANG BAIK
Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda. ‘Branding image’ anda di kalangan masyarakat luar dan juga kepada para pelanggan yang menjadi sasaran anda. Ianya termasuklah dalam soal strategi penjualan. Kembangkan ‘tagline’ anda dan tumpukan kepada pelanggan-pelanggan yang sesuai dengan produk yang anda pasarkan. Ciptakan sebuah imej yang mampu membuatkan anda dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan anda.

BERHENTI BERFIKIR UNTUK MENDAPATKAN LABA SECEPAT KILAT
Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk sesebuah perniagaan itu maju dan berjaya dalam jangka masa yang singkat. Kebanyakan perniagaan memerlukan waktu dan usaha, bahkan untuk memulakan sesuatu perniagaa, anda perlu berusaha dengan lebih keras bagi mendapatkan hasil seperti yang diharapkan. Saat anda memahami bahawa tiada jalan singkat untuk mendapatkan kejayaan selain tiada kejayaan tanpa usaha, anda tidak seharusnya menaruh harapan secara berlebihan atau yang tidak realistik. Persiapkan usaha, pengorbanan dan bahkan kemungkinan mengalami kerugian. Anda tidak akan menjadi kaya raya hanya dalam sekelip mata tetapi anda boleh berusaha ‘mencipta’ secara bertahap. Walau apa pun, yang penting ialah semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya.

*Dipetik dari majalah Mingguan Wanita Ogos ‘07