Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 10.07 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM50 dan harga jualannya ialah RM1,250 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.
Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10 dan diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram. Harga jualannya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.
Duit Syiling Peringatan Emas NordicNilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1, dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,500 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 3,500 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran.
Reka bentuk Duit Syiling Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun ke-50 Bank Negara Malaysia:
Sebelah Hadapan Duit SyilingSiluet latar langit Kuala Lumpur dan Putrajaya yang digambarkan pada bahagian hadapan duit syiling mencerminkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara sejak kemerdekaannya.Logo Bank Negara Malaysia tertera pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang, iaitu sejenis rempah tempatan yang dikenali ramai. Bunga lawang ini melambangkan kepentingan perdagangan rempah yang telah menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di rantau ini pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu dan ia digambarkan pada duit syiling Dinar Matahari yang digunakan pada zaman tersebut. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia" dan tahun "1959 - 2009" masing-masing tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut.
Sebelah Belakang Duit SyilingPerkataan "Bank Negara Malaysia" dalam tulisan Jawi ditulis pada bahagian sisi atas duit syiling. Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan dan digambarkan pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang. Nilai muka duit syiling tertera pada bahagian sisi bawah, sementara pending iaitu corak hiasan tradisional Melayu tertera pada bahagian sisi kiri dan kanan duit syiling tersebut.
Lokasi Jualan Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 10 Februari 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Bank Negara Malaysia 8 Februari 2009
Nota:
Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.
Bank Negara Malaysia8 Februari 2009
No comments:
Post a Comment