Want Money? Just click all this..

Wednesday, February 11, 2009

5 Langkah Buka Perniagaan Sendiri

Membuka perniagaan sendiri mungkin menjadi dambaan bagi semua orang. Namun memulakan sesebuah perniagaan tidaklah semudah memetik jari. Ada perkara-perkara yang harus dipersiapkan, direncanakan dan dilaksanakan dengan ketekunan. Semak beberapa tips tentang bagaimana mempersiapkan diri untuk membuka sebuah perniagaan :

PILIH RAKAN PERNIAGAAN YANG TEPAT
Jika anda akan mencari rakan niaga, pastikan anda memilih yang tepat dan serasi. Pilihlah rakan perniagaan yang memiliki latar belakang perniagaan. Pengalaman yang diperoleh oleh rakan anda dapat membantu anda memajukan perniagaan. Anda juga boleh memilih rakan perniagaan yang kewangan yang kukuh kerana mereka memiliki kredit yang bagus untuk menjamin perniagaan yang bakal dibuka.

LAKUKAN KAJIAN TERLEBIH DAHULU
Kajian merupakan perkara utama yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan. Lakukan kajian terlebih dahulu misalnya di pasar raya, kedai runcit, pasar malam dan sebagainya. Tentukan siapa pengguna bakal membeli barangan yang ingin anda pasarkan. Tentukan mana yang akan jadi sasaran utama anda atau pelanggan anda menjadi lebih kecil. Fahami perbezaan antara pasar raya dan di mana anda boleh menarik lebih pelanggan.

JAMINAN KEWANGAN
Kewangan boleh menjadi masalah yang terbesar sebelum anda membuka sesebuah perniagaan tetapi ada beberapa jenis pilihan yang tersedia untuk mendapatkan modal. Ada boleh memilih untuk mengikut program keusahawanan dalam membangun perusahaan kecil-kecilan. Anda boleh memulakan untuk mengajukan pinjaman pada bank yang untuk perniagaan industri ringan misalnya atau anda boleh membuat pinjaman peribadi di bank selain memilih rakan perniagaan yang memiliki kewangan yang stabil.

CIPTAKAN IMEJ ATAU POSISI JUALAN YANG BAIK
Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda. ‘Branding image’ anda di kalangan masyarakat luar dan juga kepada para pelanggan yang menjadi sasaran anda. Ianya termasuklah dalam soal strategi penjualan. Kembangkan ‘tagline’ anda dan tumpukan kepada pelanggan-pelanggan yang sesuai dengan produk yang anda pasarkan. Ciptakan sebuah imej yang mampu membuatkan anda dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan anda.

BERHENTI BERFIKIR UNTUK MENDAPATKAN LABA SECEPAT KILAT
Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk sesebuah perniagaan itu maju dan berjaya dalam jangka masa yang singkat. Kebanyakan perniagaan memerlukan waktu dan usaha, bahkan untuk memulakan sesuatu perniagaa, anda perlu berusaha dengan lebih keras bagi mendapatkan hasil seperti yang diharapkan. Saat anda memahami bahawa tiada jalan singkat untuk mendapatkan kejayaan selain tiada kejayaan tanpa usaha, anda tidak seharusnya menaruh harapan secara berlebihan atau yang tidak realistik. Persiapkan usaha, pengorbanan dan bahkan kemungkinan mengalami kerugian. Anda tidak akan menjadi kaya raya hanya dalam sekelip mata tetapi anda boleh berusaha ‘mencipta’ secara bertahap. Walau apa pun, yang penting ialah semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya.

*Dipetik dari majalah Mingguan Wanita Ogos ‘07

No comments:

Post a Comment