5.1 AKTIVITI PERNIAGAAN
Di antara aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh Syarikat adalah :-
- Pembuatan, menjual, mengedar dan menerima tempahan
- Menjual produk kek, roti, biskut, pizza, pastri, kuih-muih,
makanan sejukbeku, kek perkahwinan dan hantaran.
- Mengedar produk ke pasaran luar seperti ke sekolah-sekolah,
institusi pengajian tinggi, kafé, kedai runcit , kilang-kilang, katering,
dan stesen minyak.
- Menjual terus kepada pelanggan melalui walk in di kedai
5.2 PRODUK / PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam 4km
- Menyediakan tempat kursus/latihan memasak bersama tenaga pengajar
bertauliah serta mengutamakan pelajaran secara praktikal
- Menyediakan pelbagai jenis roti, kek, pastri dan lain-lain
- Produk yang dijual bersih dan berkualiti
5.3 POTENSI PERNIAGAAN
- Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dirangka, perniagaan ini berpotensi besar untuk berkembang di sekitar 20 % hingga 30 % setahun. Oleh kerana ia masih berada ditahap awal perkembangan, ia mempunyai potensi yang besar dan luas untuk dikembangkan di masa hadapan
- Keyakinan ini berlandaskan fakta iaitu hanya segelintir bumiputera menceburi perniagaan ini sedangkan banyak permintaan yang menghendaki perniagaan sebegini dijalankan oleh golongan bumiputera. Dalam erti kata lain “more demand than supply”.
- Dengan ekonomi Negara yang menunjukkan perkembangan positif turut menjana kepada peningkatan hasil jualan. Pemulihan ekonomi negara ini telah secara langsung merangsang pembangunan sosio ekonomi Puchong Utama.
- Puchong Utama ditakrifkan sebagai kawasan perdagangan komersial yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), kawasan persekolahan, pejabat swasta, pejabat kerajaan (Jab. Pendaftaran Negara), kawasan industri kecil dan taman perumahan yang sedia ada serta di dalam pembinaan. Dengan pertambahan kawasan perumahan ini mampu meningkatkan lagi saiz pasaran.
- Melalui pembiayaan modal yang diberi akan dapat menjalankan perniagaan yang lebih baik dan berdaya saing dengan syarikat lain.
6.0 RANCANGAN PENGURUSAN
Rancangan pengurusan adalah sangat penting dalam membangunkan perniagaan. Struktur organisasi yang dirangka adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah identiti perniagaan.
Secara keseluruhannya, struktur organisasi bagi perniagaan ini mempunyai pecahan kerja dan tanggungjawab tugasan yang diberi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment