Want Money? Just click all this..

Saturday, January 24, 2009

membuka perniagaan bakerry?

ini contoh kertas kerja tersebut:

RINGKASAN EKSEKUTIF

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapatlah kami menyiapkan Laporan Kertas Kerja Projek Cadangan bagi pengendalian sebuah kedai kek di lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Puchong Utama yang berpotensi untuk berdaya maju diusahakan.

Keusahawanan dewasa ini sering mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Pelbagai bentuk sokongan telah dan akan terus disediakan bagi menggalakkan bagi pertumbuhan usahawan khususnya bumiputera. MARA sebagai salah sebuah entity kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan usahawan ini tidak terkecuali dalam menyediakan ruang peluang perniagaan.

Bagi kami bakal pengusaha perniagaan akan merebut peluang yang disediakan. Berasas dan berlandaskan keyakinan daripada pengalaman masing-masing. Pengusaha pertama En. Baharudin Shamsuddin, pengusaha kedua En. Adnan Othman dan pengusaha ketiga Puan Norfazida Abd Karim telah bersetuju untuk saling bekerjasama dalam membentuk satu perniagaan roti dan kek yang berbentuk perkongsian.

Bertitik tolak dari itu jugalah kesepakatan diperolehi dengan terhasilnya Rancangan Perniagaan ini. Rancangan perniagaan ini secara keseluruhannya adalah bertujuan untuk membentangkan Perancangan perniagaan kami, sekaligus memohon pembiayaan perniagaan yang diperlukan daripada pihak MARA. Rancangan Perniagaan yang diutarakan adalah meliputi aspek Pengurusan, Pemasaran, Perkhidmatan/Jualan serta Kewangan.


1.0 PENGENALAN

Syarikat perniagaan ini dikenali dengan nama ABC Bakery.

Perniagaan akan beroperasi di Puchong Utama, Selangor Darul Ehsan. Adalah menjadi hasrat kami untuk turut serta dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara yang sedang bergerak ke arah positif. Ia juga untuk menyahut seruan kerajaan di dalam mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.




2.0 TUJUAN KERTAS KERJA


Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Kasuma Bakery yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan pinjaman yang berjumlah RM..... (Ringgit Malaysia Sahaja).

Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun dan ABC Bakery turut memohon tempoh bernafas selama 6 bulan bagi tujuan pengstabilan perniagaan. Kos Pelaburan Projek adalah berjumlah RM................. yang mana sejumlah RM.................. adalah modal sendiri sementara baki RM.......... adalah melalui pinjaman yang dipohon.


Pembiayaan :-

Nilai Pembiayaan = RM ............................
Bayaran Balik Bulanan = RM ...................................
Bayaran Faedah = RM ......................sebulan



Kegunaan pembiayaan ini adalah diperuntukkan bagi :-


1. Belanja Permulaan RM .........................

2. Aset Tetap
Mesin Peralatan Bakeri/Utensil RM ..........................
Kelengkapan Pejabat/Latihan RM ............................
Hawa Dingin RM ......................

3. Belian Bekalan Mentah RM .......................
4. Belanja Pengurusan RM .........................
Jumlah keseluruhan RM ..........................
=============



3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


Nama Perniagaan : ABC Bakery
Alamat Berdaftar : No. 03 Jalan PU7/4
Puchong Utama, Selangor Darul Ehsan
Alamat Operasi / Kedai : Seperti di atas
No. Daftar Perniagaan :
Tarikh Pendaftaran : 13/09/2004
Aktiviti Perniagaan : Membuat, menjual, mengedar kek,
roti, pastrI, biskut, makanan sejukbeku,
pizza, kuih-muih dan kelas/bengkel memasak
Bentuk Perniagaan : Pembuatan dan Pengeluaran

Nama Pemilik : Baharudin Shamsuddin
No K/P :---------------

Adnan Othman
No K/P :---------------------
Norfazida Abdul Karim
No K/P : --------------------



4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 1


Nama : Baharudin bin Shamsuddin
Jawatan : Pengurus Operasi
Alamat Tetap : no 15 Flat Sri junjung
USJ 16/7, 47620 Subang Jaya
Telefon : 03 -...........................
No. Kad Pengenalan : ..............................................
Tarikh Lahir/Umur : .......................................
Bangsa / Agama : Melayu / Islam
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akademik : Ijazah Saujana Muda Seni Reka Grafik
Pengalaman Kerja : Pembuat roti
(2002 – kini)

Kursus Dihadiri : Latihan Pembentukan Usahawan MARA 2004

Lain-lain Kemahiran : Merekabentuk Grafik



LATAR BELAKANG PEMILIK 2


Nama : Adnan bin Othman
Jawatan : Pengurus Pentadbiran / Pemasaran
Alamat Tetap : No: 199 Jln PU 10/6B
Taman Puchong Utama
47100 Puchong
Telefon : 03 - ..........................
No. Kad Pengenalan : .........................................
Tarikh Lahir/Umur : ....................................
Bangsa / Agama : Melayu / Islam
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kelulusan Akademik : Sarjana Muda Kejuruteraan
Pengalaman Kerja : Sektor perkilangan
(1997 – kini)
Kursus Dihadiri : Latihan Pembentukan Usahawan MARA 2004
Lain-lain kemahiran : Kerja-kerja teknikal & mekanikal

No comments:

Post a Comment